Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Seri iskandar, kira-kira 37 kilometer, dari sini hari ini. Foto JBPM

Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid

ByBernama

IPOH, 20 April: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Seri iskandar, kira-kira 37 kilometer, dari sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer kira-kira 10 minit kemudian.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.

“Mangsa ditemui pada jam 4.25 petang kira-kira tiga meter dari tebing tasik berkenaan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan