Search
Close this search box.
Presiden Tinju Sarawak, Dato Rahman Lariwoo merakam gambar kenangan bersama petinju Sarawak di Pusat Tinju Sarawak di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju

ByBernama

KUCHING, 20 April: Edisi ke-21 temasya Sukan Malaysia (SUKMA XXI) menjadi pentas terbaik bagi tuan rumah Sarawak untuk menamatkan penantian muncul juara keseluruhan acara tinju, kata Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.

Kejohanan Tinju Dunia nilai kemampuan petinju Sarawak

“Harapan tahun ini, kita selaku tuan rumah (kelebihan), kita mahu pecahkan rekod untuk muncul juara keseluruhan acara tinju,” katanya kepada pemberita di pusat latihan tinju SUKMA XXI di Stadium Sarawak, hari ini.

Pada temasya kali ini, Sarawak menaruh harapan kepada 16 petinju muda iaitu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang telah menjalani latihan intensif sejak tahun lepas bagi menghadapi saingan di temasya yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.

Kemudahan dan fasiliti SUKMA siap 25 peratus setakat ini

“Untuk muncul juara keseluruhan, sekurang-kurang enam pingat emas (perlu dimenangi) dan saya percaya dan yakin yang kita mampu mencapainya,” katanya.

Rahman yang juga naib presiden Persekutuan Tinju Malaysia berkata, selain menjalani latihan pusat yang bermula awal tahun ini, para petinju akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Srawak pada 6 hingga 10 Mei ini.

Latihan konsisten bekalan Kilat Boy hadapi Kejohanan Tinju Dunia (WBC)

“Selepas Terbuka Sarawak, saya akan bawa mereka ke Sekolah Sukan Trang di Thailand, kemudian ke Tanjung Pinang di Indonesia iaitu tempat petinju terbaik dari Kalimantan berkumpul dan akhir sekali ke Baguio City di Filipina sebelum temasya SUKMA XXI bermula,” katanya.

Beliau berkata, skuad tinju Sarawak akan menyertai kejohanan Terbuka Perak di Ipoh pada Jun.

Pada edisi SUKMA Kuala Lumpur 2022, Sarawak meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam acara tinju. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan