Search
Close this search box.
Latihan yang konsisten bersama jurulatih menjadi persediaan Daeloniel "Kilat Boy" Mcdelon untuk berhadapan Yutthichai Wannawong dari Thailand bagi merebut tali pinggang Kejohanan Tinju Dunia (WBC) pada 11 Mei depan. Foto TVS

Latihan konsisten bekalan Kilat Boy hadapi Kejohanan Tinju Dunia (WBC)

ByTVS

KUCHING, 20 April: Latihan yang konsisten bersama jurulatih menjadi persediaan Daeloniel “Kilat Boy” Mcdelon untuk berhadapan Yutthichai Wannawong dari Thailand bagi merebut tali pinggang Kejohanan Tinju Dunia (WBC) pada 11 Mei depan.

Kedua mereka akan bertarung dalam 10 pusingan perlawanan bagi kategori Super Bantamweight WBC.

Malah, beliau mengharapkan perlawanan yang menarik bersama lawannya dan sedang mengatur strategi yang terbaik bagi menghadapi hari perlawanan tersebut.

“Untuk kejohanan pada 11 Mei lawan dari Thailand ini saya tidak pernah memandang rendah kepada kebolehan dia malahan saya sentiasa ingat dia lebih bagus dari saya.

“Ia bertujuan agar saya tidak rasa malas untuk berlatih dan saya sentiasa melihat pengalaman dan kelebihan dia lebih besar daripada saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Tinju Sarawak di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, keberadaan jurulatih baharu dari Thailand telah memberi peningkatan terhadap latihan, taktik dan stateginya dalam perlawanan.

Jelasnya, dalam masa lima hari latihan bersamanya telah menunjukkan peningkatan sama ada dari aspek kecergasan dan strateginya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan