Search
Close this search box.
Petinju kebanggaan Sarawak, Daeloniel Mcdelon mengungguli Cabaran Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Superbantam Weight pada Sabtu lepas. Foto, Instagram Daeloniel Mcdelon.

Kilat Boy sampaikan penghargaan selepas juarai Cabaran Tinju Dunia (WBC) Asia

ByYusuf Shukri

KUCHING, 13 Mei: Petinju kebanggaan Sarawak, Daeloniel Mcdelon yang mengungguli Cabaran Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Superbantam Weight mendedahkan dia membuat persiapan rapi selama tujuh minggu sebelum pertarungan malam kelmarin.

Atlet yang dikenali sebagai Kilat Boy itu berkata, latihan diteruskan pada Ramadan lepas memandangkan pertarungan menentang Yuttihchai Wannawong dari Thailand akan berlangsung sebulan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulillah akhirnya tercipta sejarah bagi diri saya yang sudah bertahun – tahun mengidam tali pinggang ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Pada aksi di Stadium Perpaduan Kuching, Petra Jaya Sabtu lepas, Daeloniel menumbangkan Yuttihchai dengan kiraan technical knockout (TKO) pada pusingan keenam.

Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu turut mengambil peluang berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menjadi tulang belakang dalam kariernya sebagai petinju.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak iaitu Dato Rahman Lariwoo yang sentiasa menyokong serta mencari dana bagi membolehkan saya bertanding sebagai petinju profesional,” katanya.

Daeloniel turut merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan jurulatih yang telah mempersiapkannya untuk kejohanan berkenaan.

“(Mereka ialah) Reynaldo Inocian, Wilmarcos Andogan, Akif Helman dan Francisco Ortiz Jaro serta rakan-rakan sparring saya dari Sabah, Khairul Azim Hamdain dan Herlan Sixto Gomez dari Filipina.

“Begitu juga dengan pengurus saya iaitu Gulbudin Hekmateyer Rahman yang banyak mengurus serta membuat perancangan dalam pengurusan team KB Management,” kata beliau.

Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalannya, Dato Gerald Rentap Jabu dan seluruh warga kementerian berkenaan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media utama seperti TVS, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan media lain yang memberi liputan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan