Search
Close this search box.
Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick menerima simbolik penganjuran Kejohanan Tinju Dunia daripada Presiden Tinju Sarawak, Dato Rahman Lariwoo di Pusat Tinju Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS

Kejohanan Tinju Dunia nilai kemampuan petinju Sarawak

ByTVS

KUCHING, 20 April: Penganjuran Kejohanan Tinju Dunia (WBC) bakal menilai kemampuan petinju Sarawak di gelanggang antarabangsa.

Presiden Tinju Sarawak, Dato Rahman Lariwoo berkata saingan kali ini dijangka lebih sengit dengan penampilan petinju terbaik dan profesional dari seluruh dunia.

“Kejohanan Tinju Dunia Terbuka Sarawak itu adalah untuk menilai kemampuan petinju tempatan apabila ia disertai peserta-peserta dari Sri Lanka, Medan dan Indonesia.

“Sebab itu kita buka kejohanan itu di Sarawak untuk menilai keupayaan peninju Sarawak dan saya percaya ia tidak akan menghampakan,” katanya ditemui di Pusat Tinju Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, kejohanan ini juga akan menyiapkan atlet bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada Ogos ini.

Kejohanan yang bermula 6 hingga 11 Mei di Stadium Perpaduan Petra Jaya itu bakal disertai 12 negara termasuk Thailand, Perancis dan Kazakhstan.

Selepas kejohanan tersebut berakhir, kumpulan petinju Sarawak akan dibawa ke Sekolah Sukan Trang, Thailand dan Tanjong Pinang, Indonesia bagi menjalani latihan persiapan menghadapi SUKMA 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan