Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada majlis perasmian Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 Bahagian Limbang di Taman Awam, Lawas, hari ini. Foto TVS

Penganjuran SUKMA di Sarawak beri limpahan ekonomi kepada masyarakat – Karim

ByRegina Lee

LAWAS, 27 April: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di sembilan bahagian di seluruh negeri ini merupakan keputusan tepat untuk masyarakat luar bandar turut sekali menikmati limpahan ekonomi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SUKMA 2024 bukan sekadar tempat atlet dari seluruh Malaysia untuk berhimpun dan bersaing dalam pebagai jenis sukan, ia turut memberi ‘kesan berganda’ kepada ekonomi setempat.

“Kita besarkan lokasi SUKMA kali ini supaya lebih ramai rakyat dapat memberi sokongan, berniaga, peluang untuk meningkatkan ekonomi. Untuk SUKMA dan Para SUKMA edisi kali ini, pada bulan Ogos dan September kita jangkakan jumlah kehadiran atlet dan pegawai dari seluruh Malaysia serta kontinjen jemputan, Brunei Darussalam tidak kurang daripada 15,000 orang.

“Angka tersebut belum lagi mengambil kira penyokong-penyokong dan ahli keluarga atlet-atlet yang ikut sama, mereka akan menginap di hotel, rumah inap, menyewa kenderaan dan membeli makanan,” katanya di majlis perasmian Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 Bahagian Limbang di Taman Awam Lawas, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kontinjen Sarawak optimis untuk mendapatkan semula gelaran juara keseluruhan tahun ini selepas kali terakhir memenanginya pada 1994.

Abdul Karim berkata, edisi SUKMA kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan 37 jenis sukan dan 484 acara sukan dipertandingkan.

“Kali terakhir kita menjadi juara keseluruhan ialah pada tahun 1994, 30 tahun dahulu. Ini yang saya tekankan kepada kontinjen Sarawak, tempoh tersebut adalah satu tempoh jangka masa yang amat lama. Sekiranya kita berkahwin dalam tempoh tersebut dan mempunyai anak, mereka sudah menjadi dewasa pada waktu ini.

“Kita tidak mahu mendapat tempat kedua atau menjadi kedua terbaik, inilah masanya untuk kita mencapai kegemilangan, inilah tahun untuk kita mencapai kejayaan keseluruhan untuk SUKMA,” katanya lagi.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee, Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Residen Limbang, Yunus Tambi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan