Search
Close this search box.
(Dari kiri) Ketua Bahagian Tenaga MEESTY Dr Nurleyna Yunus, Pengarah Perbankan Pelaburan OCBC Malaysia Azrin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Business Connect Mona Abdul Manap, Tan, Timbalan Menteri Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni (tengah), Ketua Pengarah Tenaga SEDC Robert Hardin, Ketua Bank Pelabuhan OCBC Malaysian Islamic & Structured Finance Shafiq Sheikh Mohamed, dan Pegawai Pentadbiran MEESty Nur Haziqah Kamaludin.

OCBC Bank rakan kongsi institusi kewangan eksklusif APGH 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Apr: OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) mengumumkan ia bakal menjadi Rakan Kongsi Institusi Kewangan Eksklusif bagi Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024.

Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan OCBC Bank, Tan Ai Chin berkata ia susulan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni mengenai komitmen kumpulan itu dalam menggalakkan pertumbuhan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

“Kami percaya kerjasama ini memainkan peranan penting dalam memberi impak yang bermakna dalam mengejar inisiatif kemampanan Sarawak ke arah merealisasikan matlamat ekonomi hijau yang rendah karbon dan inklusif.

“Kerjasama ekskusif bagi APGH 2024 ini akan mengukuhkan lagi komitmen kami dalam memperjuangkan agenda tenaga boleh diperbaharui serta memacu inovasi di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anjuran Borneo Business Connect Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) dan Business Events Sarawak (BESarawak), APGH 2024 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 11 hingga 13 Jun ini.

Sebanyak 500 delegasi persidangan dan 50 penceramah akan menyertai acara tersebut, selain lebih 4,000 pengunjung dari dalam dan luar negara yang dijangka hadir pada acara yang sama.

Acara berkenaan juga akan menjadi platform bagi ushawan belia Sarawak untuk terlibat dalam bidang tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

Ia juga berpotensi untuk memanfaatkan golongan belia platform yang disediakan terutamanya dalam bidang tenaga bersih, peralihan tenaga dan dalam hidrogen hijau selain mencipta peluang pekerjaaan.

Untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut boleh layari www.hydrogenapac.com – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan