Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Myanmar mati selepas ditikam dalam pergaduhan sekumpulan lelaki membabitkan rakan senegaranya di asrama pekerja sebuah kilang di sini semalam. Foto PDRM

Pekerja kilang warga Myanmar mati dibunuh

SUNGAI PETANI, 27 April: Seorang pekerja kilang lelaki warga asing ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditikam rakannya dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang di sini, malam tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.53 malam yang membabitkan pergaduhan sekumpulan lelaki warga Myanmar ketika sedang mabuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa berusia 23 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai selepas ditikam dan dipukul pada kepala sebelum disahkan mati.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki Myanmar cedera di pinggang dan kepala, namun dilaporkan stabil dengan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

“Seterusnya, polis berjaya memberkas seorang lelaki warga Myanmar berusia 40-an dengan bantuan anjing pengesan.

“Turut ditahan oleh pasukan Operasi Jenayah IPD Kuala Muda dan Unit Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah adalah lima lagi lelaki Myanmar berusia 20-an hingga 50-an,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Wan Azharuddin, kesemua tangkapan tersebut direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

“Kejadian itu dipercayai berpunca perselisihan faham sesama mereka semasa sedang mabuk di asrama pekerja.

“Polis juga sedang mengesan empat lagi suspek yang dipercayai masih bebas,” katanya lagi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Siti Anim Aripin atau IPD Kuala Muda di talian 04-429 9222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan