Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang melakukan operasi pemadaman membabitkan tiga asrama pekerja di Jalan Sungai Sian Bintangor pada Selasa. Foto BBP Bintangor

Kebakaran kilang papan, 25 pekerja tinggal sehelai sepinggang

BINTANGOR, 7 Mei: Seramai 25 orang pekerja tinggal sehelai sepinggang selepas tiga blok asrama yang didiami mereka musnah dalam kebakaran
kilang papan di Jalan Sungai Sian di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, sebahagian mangsa sedang berehat dalam rumah pekerja berkenaan.

“Mereka yang tersedar dengan kejadian itu, kemudiannya segera bertindak keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

Setibanya di lokasi katanya, pihaknya mendapati kejadian membabitkan tiga blok bangunan yang mempunyai 10 unit bilik pekerja manakala, salah satu daripadanya tidak berpenghuni.

“Kesemua bangunan asrama itu musnah dan kejadian yang berlaku pantas mengakibatkan sebahagian besar mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka,” katanya.

Menurut Nicholas, operasi pemadaman dilakukan sekitar lebih satu jam dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.50 malam.

“Setelah memastikan kebakaran padam sepenuhnya dan tiada lagi punca-punca api, anggota bersama jentera bertolak balik ke balai. Jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya sambil mendedahkan tiada kemalangan jiwa berlaku. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan