Search
Close this search box.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lefthenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi (kiri) dan Pengasas APM Sarikei, Ibrahim Tuah berkesempatan melawat Mohamad Syafiq di HUS pada Rabu. Foto APM Sarikei

Keadaan Mohamad Syafiq kini semakin baik

KUCHING, 8 Mei: Anak kelahiran Sarikei, Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, 34, yang melecur 75 peratus badannya ketika menyelamatkan mangsa kebakaran tahun lalu, kini semakin pulih.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lefthenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, ketika ini, Mohamad Syafiq masih ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana memerlukan rawatan lebih intensif.

Walaupun keadaan kesihatannya semakin baik, katanya, Syafiq masih menerima rawatan susulan bagi memastikannya benar-benar pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Saya, Pengasas APM Sarikei, Ibrahim Tuah dan beberapa anggota APM berkesempatan melawatnya di HUS. Syukur Alhamdulillah, keadaannya semakin baik, wajahnya juga makin ceria dan boleh bercakap seperti biasa. Malah, beliau tersenyum melihat kehadiran kami.

“Kita sentiasa mendoakan agar Syafiq segera diberi kesembuhan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Kisah keberanian sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu pernah mendapat liputan luas media tempatan dan perhatian wakil rakyat Sarawak.

Dalam kejadian itu, Mohamad Syafiq sanggup bertarung nyawa meredah api marak demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki.

Berikutan itu, beliau cedera parah dan terlantar kesakitan selain dilaporkan mengalami kesan kebakaran tahap tiga.

“Antara yang hadir, rakan rapatnya PBT(PA) Mohamad Akmal yang turut memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada beliau.

“Sehubungan itu, saya juga ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus merawatnya,” katanya.

Berikutan keberaniannya itu, Mohamad Syafiq pernah menerima anugerah ‘Bintang Gagah Berani Pertahanan Awam.’ -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan