Search
Close this search box.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah bercakap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan Affin di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Kumpulan AFFIN sasar buka 8 hingga 10 cawangan baharu dalam ‘Pelan Strategik AX28 5 tahun ke Hadapan’ di Sarawak

BySteward Dawi

KUCHING, 8 Mei: Kumpulan AFFIN optimis memperkukuhkan kedudukan di Sarawak dengan menyasarkan untuk membuka lapan hingga 10 cawangan baharu di negeri ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, hasrat itu merupakan salah satu bidang yang disasarkan dalam Pelan Strategik AX28 5 tahun ke Hadapan.

Menurut Wan Razly, pelan itu juga antara usaha pihaknya memperkukuhkan platform bagi melangkah ke hadapan selain mentransformasikan AFFIN berdasarkan lima bidang utama.

“Ia nya termasuk tumpuan kepada ‘Private Banking‘ untuk pelanggan segmen T20 yang mempunyai portfolio pelaburan melebihi RM2 juta.

“Kedua, menerajui digital dengan perbelanjaan kapital sebesar RM 400 juta dan ketiga meluaskan dan mengukuhkan kehadiran kami di Sarawak dengan sasaran lapan hingga 10 cawangan baharu,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan Affin pada Rabu di sebuah hotel ternama di sini, pada Rabu.

Jelas Wan Razly, bidang yang keempat ialah mengoptimumkan kecekapan kapital untuk mencapai pulangan atas ekuiti (ROE) sebanyak 12 peratus pada 2028 dan kelima adalah memperbesarkan Inisiatif Amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebanyak 25 peratus jumlah pinjaman pada 2028.

Wan Razly menambah, bagi meluaskan dan mengukuhkan kehadiran AFFIN di Sarawak, Kumpulan AFFIN akan meluaskan rangkaian cawangan, termasuk cawangan Triple Banking, iaitu gabungan AFFIN BANK, AFFIN ISLAMIC dan Affin Hwang Investment Bank, di Northbank yang baru sahaja dibuka bulan lepas.

“Cawangan Northbank ini adalah sebagai business model ‘Financial Supermarket’ yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan di bawah satu bumbung.

“Selain Northbank, cawangan kedua kami di Bandar Bintulu iaitu AFFIN Springfield Bintulu Branch akan mula beroperasi pada bulan Ogos ini,” jelasnya.

Tambahnya, Pusat Kewangan Bergerak atau Mobile Financial Centre (MFC) AFFIN, akan mula beroperasi pada hujung bulan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan