Search
Close this search box.
Seorang lelaki warganegara Indonesia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dipandu hilang kawalan lalu terbabas dałam parit berhampiran simpang Batu Lintang, Jalan Betong- Sri Aman petang tadi. Foto Bomba

Lelaki warganegara Indonesia cedera, MPV terbabas dalam parit

BETONG, 5 Mei: Seorang lelaki warganegara Indonesia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dipandu hilang kawalan lalu terbabas dałam parit berhampiran simpang Batu Lintang, Jalan Betong- Sri Aman di sini, petang tadi.

Komander Operasi, PBK II Mohd Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.28 petang dengan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza terlibat dalam kemalangan kendiri.
MPV yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di dalam parit,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu pemandu mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Pihak bomba bertindak mengangkat mangsa ke dalam ambulans pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan