Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee. Foto TVS

DUN Sarawak: Sarawak optimis isu klinik daif dapat diselesaikan

KUCHING, 7 Mei: Sarawak optimis isu klinik daif mampu diatasi lebih cepat dengan pelaksanaan mekanisme baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Menurutnya, ia secara tidak langsung akan menangani jurang dan cabaran infrastruktur penjagaan kesihatan di negeri ini, malah dapat memastikan semua rakyat Sarawak mendapat akses perkhidmatan kesihatan berkualiti tanpa mengira lokasi.

“Sarawak akan melakukan penyediaan pembiayaan awal untuk menaik taraf pembangunan infrastruktur dan kemudahan penjagaan kesihatan bagi mempercepatkan kemudahan penjagaan kesihatan bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

“Di bawah inisiatif ini, Kerajaan Persekutuan akan membayar balik keseluruhan kos kepada kerajaan Sarawak di bawah konsep pembiayaan tertunda atau membayar melalui model perniagaan lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Asan, Dato Sri Wong Soon Koh berkaitan isu naik taraf klinik daif di kawasan pedalaman Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Michael, satu pasukan petugas khas diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kerajaan Sarawak akan dibentuk untuk meneliti segala syarat sebelum mengemukakan kaedah atau pun mekanisme baharu dalam menangani jurang dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Selain itu, antara inisiatif jangka pendek dalam menaik taraf perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar adalah mengadakan pelbagai program jangkauan (outreach programme). Ia termasuk menyediakan perubatan secara berkala melalui perkhidmatan doktor udara, pasukan kesihatan kampung, selain program kesihatan kampung,” ujarnya.

Bagi tahun 2024, sebanyak RM19 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan 39 projek klinik usang di seluruh Sarawak.

Di bawah dana tersebut, sebuah klinik akan dibina semula manakala baki 38 projek akan melibatkan peningkatan dan penambahbaikan infrastruktur, perkhidmatan perubatan di kawasan yang kurang mendapat liputan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan