Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii. Foto TVS

DUN Sarawak: RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak pintu masuk perdagangan antarabangsa

ByKimberly Dickson

KUCHING, 7 Mei: Penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak akan menjadi pintu masuk kepada perdagangan antarabangsa khususnya industri yang bergantung kepada pengangkutan laut, kata Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian, Dato Sri Huang Tiong Sii.

Menurutnya industri pelabuhan di negeri ini juga bakal menjadi penanda aras baharu kecemerlangan ekonomi Sarawak ke arah aspirasi negeri maju menjelang 2030.

Sarawak katanya mempunyai pelabuhan bertaraf dunia dengan infrastruktur yang sempurna dan canggih dapat menonjolkan kekuatan ekonomi negara sebagai sebuah daya tarikan pelaburan.

“Saya amat yakin bahawa Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak ini telah diperkenalkan pada masa yang tepat dan saya juga percaya Kerajaan Sarawak akan berusaha untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan barisan pengurusan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dan pembangunan pelabuhan secara menyeluruh,” katanya.

Huang berkata demikian ketika membahaskan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu menambah, penubuhan dapat memupuk pertumbuhan perdagangan dan meningkatkan pembangunan perindustrian dan logistik serta menjadi hab pengangkutan utama di Sarawak.

Tambahnya, pembangunan ini juga akan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dan menggalakkan sektor pelancongan seperti kapal pelayaran.

“Melalui konsep ‘Central Port Authority’, pengurusan dan tadbir urus pelabuhan yang kukuh dapat memastikan operasi yang cekap dan efisien di semua pelabuhan di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan