Search
Close this search box.
Pembangunan pelabuhan berdasarkan satu pelan induk yang komprehensif diyakini akan memacu Sarawak menjadi sebuah ekonomi terunggul di rantau ini. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Pacu ekonomi pelabuhan rantau Asia

ByShafik Ahmad

KUCHING, 7 Mei: Pembangunan pelabuhan berdasarkan satu pelan induk yang komprehensif diyakini akan memacu Sarawak menjadi sebuah ekonomi terunggul di rantau ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai berkata, ia tidak hanya melibatkan seluruh Sarawak, bahkan boleh menjangkau di Pulau Borneo.

Perkara itu katanya, boleh dicapai apabila semua pelabuhan yang terdapat di Sarawak diuruskan oleh sebuah lembaga pelabuhan pusat yang dikawal dan diurus selia oleh Kerajaan Sarawak.

“Selama ini pembangunan pelabuhan secara menyeluruh tidak pernah dilihat sebagai inisiatif penting untuk memacu ekonomi Sarawak,” katanya.

Potensi ini katanya, tidak harus dilepaskan kerana Sarawak sebagai ekonomi perdagangan dengan lokasi yang strategik di rantau Asia mempunyai masa hadapan yang cerah untuk membina ekonomi berasaskan pembangunan pelabuhan yang bertaraf dunia.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Pelabuhan Sarawak di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS