Search
Close this search box.
SUKMA 2024 bermula 17 Ogos sehingga 24 Ogos 2024 bakal mempertandingkan 37 jenis sukan menerusi 488 acara.

DUN Sarawak: Pemilihan venue SUKMA berdasarkan beberapa kriteria

KUCHING, 7 Mei: Pemilihan sembilan bahagian di Sarawak sebagai venue pertandingan acara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 adalah berdasarkan beberapa aspek dan faktor dari segi fasiliti dan logistik.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu berkata pada masa sama ia memberi peluang kepada penduduk untuk menyaksikan temasya sukan terbesar kebangsaan itu di kawasan masing-masing.

“Kemudahan logistik seperti jaringan perhubungan pengangkutan, penginapan, perkhidmatan sokongan,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Gerald berkata lagi, Bahagian Kuching menganjurkan 23 jenis acara sukan, Samarahan (2), Serian (1), Sri Aman (1), Betong (1), Sibu (3), Mukah (3), Bintulu (3) dan Miri (6)

Sarawak diberi penghormatan untuk mengelolakan SUKMA 2024 bermula 17 Ogos sehingga 24 Ogos 2024 yang mempertandingkan 37 jenis sukan menerusi 488 acara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan