Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menerima cenderamata daripada Pengerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi di Kuching. Foto TVS

STAcc memangkin perkembangan ekosistem penyelidikan serta ekonomi negeri

KUCHING, 9 Mei: Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Berhad komited memperkasakan ekosistem penyelidikan serta ekonomi negeri menerusi program SDEC Technology Accelerator (STAcc).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif yang dipelopori SDEC itu akan menjadi wadah untuk memperkenal serta mengaplikasikan inovasi dan teknologi baharu dalam bidang penyelidikan seterusnya mengkomersialkan idea-idea perniagaan berasaskan teknologi pada masa akan datang.

“Program seperti ini amat bermanfaat bagi kita di Sarawak, terutama dalam rencana kita untuk mencapai kemajuan dalam teknologi digital yang sejajar dengan visi Premier serta selaras dengan PCDS 2030 dan SDEC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan inisiatif ini.

“Meskipun baharu melaksanakan inisiatif ini dalam tempoh tiga tahun, mereka (SDEC) telah menunjukkan prestasi terbaik dan saya ucapkan tahniah kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program SDEC Technology Accelerator 2024 di Hotel Pullman Kuching pada Rabu.

Tambah Roland, PCDS 2030 menggariskan objektif bercita-cita tinggi, termasuk meningkatkan ekonomi Sarawak daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Inisiatif tersebut katanya bertujuan untuk merealisasikan misi untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi tahunan lapan peratus antara 2021 dan 2030, mewujudkan 195,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM15 057, mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, dan meningkatkan kecekapan kerja melalui inovasi digital.

Menerusi STAcc, beliau yakin lebih ramai penyelidik akan tampil dan bekerjasama dengan pemain industri perniagaan berasakan digital dalam menghasilkan produk serta perkhidmatan yang akan memangkin ekonomi berasaskan digital di Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, SDEC berikrar untuk memperkasakan perkembangan ekonomi digital negeri menerusi STAcc.

“Pelaburan berjumlah RM1.05 juta menerusi geran penyelidikan melalui program STAcc menunjukkan komitmen serta dedikasi kami dalam memperkasakan para penyelidik di universiti-universiti di Sarawak,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri MEITD, Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap MEITD, Datu Azmi Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Ir. Ts. Sudarnoto Osman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan