Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM1.2 juta daripada Bintulu Port Holdings Berhad kepada wakil Tabung Baitulmal Sarawak (kanan). Foto TVS

DUN Sarawak: Bintulu Port Holdings Berhad beriltizam memacu ekonomi Sarawak

KUCHING, 9 Mei: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) beriltizam untuk terus memacu dan memaju ekonomi Sarawak, kata Pengerusinya, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Abu Bakar berkata, BPHB akan terus merencana serta melaksanakan inisiatif yang akan memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih cemerlang.

“Bintulu Port Holdings Berhad, iaitu operator bagi Pelabuhan Bintulu, diwakili oleh Lembaga Pengarah dan juga pengurusan, mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberi taklimat kepada beliau tentang status operasi Pelabuhan Bintulu, dan juga perancangan kita untuk masa depan dan bagi menerangkan kepada beliau (Premier  Sarawak) bahawa kita hendak selari dengan visi dan misi beliau untuk menyediakan Pelabuhan Bintulu bagi memenuhi keperluan serta kehendak ekonomi negeri di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis.

Pada masa yang sama, BPHB turut menyampaikan zakat perniagaan bagi tahun 2024 berjumlah RM1.2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar TBS, Bolhassan Iskandar Taibi.

Tambah Abu Bakar, penyerahan sumbangan zakat perniagaan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat BPHB sebgai operator Pelabuhan Bintulu untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam di Sarawak.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Bin Abdul Ghani, Timbalan Ketua Sektor Operasi Tabung TBS, Mohd Yusree Mohd Zain, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd, Matshalleh Mohamad Etli, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Daiana Luna Suip dan Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan Bintulu Port, Maslihah Tioh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan