Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media. Foto TVS

Industri perhotelan boleh terjejas jika pengusaha naikkan caj sesuka hati – Abdul Karim

KUCHING, 22 April: Pengusaha hotel bajet dinasihatkan tidak bertindak sembarangan menaikkan caj atau harga perkhidmatan dan kadar penginapan di hotel mereka.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tindakan itu akan memberikan kesan bukan sahaja kepada industri perhotelan, malah turut mengganggu keseimbangan sektor pelancongan negara.

Katanya, pengusaha hotel bajet terbabit boleh mengunakan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka, namun tindakan itu akan memberikan kesan seterusnya menjejaskan industri perhotelan di negara ini.

“Jangan apabila nampak ramai pelancong datang kita cepat-cepat naikkan kadar caj perkhidmatan ia tidak bagus untuk industri perhotelan kita.

“Anda boleh memberikan pelbagai alasan seperti harga barangan naik dan kita juga harus naikkan caj kita, tapi ingatlah ia akan mengganggu keseimbangan sektor pelancongan kita dan jangan ingat bahawa dengan menaikkan harga sebanyak 20 hingga 30 peratus orang akan tetap masih datang, itu bukan caranya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Karim turut menyifatkan tindakan sebegitu satu cara murahan untuk mendapat keuntungan yang lebih tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap sektor pelancongan dan industri perhotelan negara.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha membantu pengusaha hotel bajet ini menjana pendapatan mereka dengan penganjuran pelbagai acara sama ada berbentuk hiburan atau acara sukan yang berupaya menarik ramai pengunjung dan pelawat ke Sarawak.

“Sepanjang tahun ini Sarawak telah menyenaraikan dan akan menganjurkan lebih daripada 200 acara berbentuk hiburan dan sukan yang pastinya akan membantu meningkatkan kadar penghunian di setiap hotel termasuk hotel bajet.

“Saya percaya dengan kadar penghunian boleh mencecah sehingga 90 peratus, pengusaha hotel bajet terbabit masih boleh menjana keuntungan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan