Search
Close this search box.
Delegasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan SMD Semiconductor melakukan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malta ke United Kingdom (UK), Dr Emmanuel Mallia di pejabatnya di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak, Malta teroka potensi kerjasama bangunkan cip semikonduktor kegunaan aplikasi pemuliharaan marin

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 22 April: Sarawak terus proaktif melebarkan jalinan kerjasama strategiknya bersama negara – negara Eropah dalam industri semikonduktor dengan kali ini menjadikan Malta sebagai potensi rakan kongsi baharunya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor, Shariman Jamil, pontensi kerjasama antara Sarawak dan Malta yang sedang diterokai itu adalah melibatkan pembangunan “blue GPS water chip” iaitu cip pengesan untuk hidupan di dalam laut.

Delegasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan SMD Semiconductor melakukan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malta ke United Kingdom (UK), Dr Emmanuel Mallia di pejabatnya di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Beliau menjelaskan, pembangunan cip itu adalah untuk kegunaan pengurusan serta pemeliharaan marin sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs14) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita melihat minat bersama antara kedua-dua wilayah dalam membangunkan teknologi baharu terutamanya ‘blue GPS water chip’. Ini adalah potensi yang kami beri tumpuan bersama Kerajaan Malta.

“Sarawak sedang meneroka peluang dan perkongsian untuk membangunkan ia secara bersama dan mengkomersialkan cip baharu itu dengan ia digunakan dalam aplikasi pemuliharaan marin, hidupan di dalam laut dan aplikasi serupa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas hadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan SMD Semiconductor yang melakukan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malta ke United Kingdom (UK), Dr Emmanuel Mallia di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shariman berkata, kerjasama bersama Malta adalah penting dalam membangunkan teknologi baharu itu susulan negara itu mempunyai sistem pemuliharaan marin antara yang terbaik di dunia.

“Malta dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dengan kedua-dua wilayah ini terletak di kepulauan dengan mereka mempunyai kekuatan dari sudut eko pelancongan dan pemuliharaan marin.

“Kami sedang meneroka sinergi antara kedua-dua wilayah dari segi pemindahan pengetahuan, menubuhkan usaha sama baharu, membangunkan produk dan pembangunan bakat,” jelasnya.

Menerusi pertemuan empat mata itu, Shariman berkata, pihaknya berkeyakinan tinggi dalam meraih geran bernilai 1 juta pound dari Kerajaan Malta bagi membangunkan teknologi baharu itu secara bersama

“Hasil daripada pertemuan ini, kami sedang berusaha mendapatkan geran daripada Kerajaan Malta untuk kami memulakannya secara bersama.

“Kita juga sedang melihat pemindahan pengetahuan dan pembangunan bakat antara kedua-duanya dan saya fikir ini sangat penting untuk memacu industri semikonduktor,” ujarnya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, Anielia Siam dan Ahli Lembaga SMD Semiconductor, Shahril Anwar Mohd Yunus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan