Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bersama rombongan Kerajaan Sarawak ketika mengadakan lawatan ke Loji Janakuasa Drax di Selby, England. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari optimis Sarawak mampu hasil tenaga boleh diperbaharui berasaskan biojisim

SELBY (England), 23 Apr: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis Sarawak mampu menghasillkan tenaga boleh diperbaharui dengan mengadaptasi teknologi yang digunapakai di Loji Janakuasa Drax.

Loji Janakuasa Drax, yang telah beralih daripada arang batu kepada biotenaga, menjadi contoh terbaik dalam usaha ke arah tenaga mampan berasaskan biojisim.

“Terdapat banyak perkara baharu yang boleh kita pelajari di sini. Pada umumnya, kita mampu menjana tenaga dengan menggunakan biojisim.

“Drax mampu menjana kira-kira 3.9 gigawatt (GW), berasaskan sisa kayu yang diimport dari Kanada dan Amerika Syarikat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Loji Janakuasa Drax di sini.

Loji Janakuasa Drax, yang dibangun atas loji janakuasa lama, mampu menghasilkan tenaga berasaskan biojisim dan ia selaras usaha peralihan kepada tenaga bersih dan mampan.

“Kita boleh membangunkan loji janakuasa baharu yang lebih cekap yang disesuaikan dengan ketersediaan sumber yang ada,” tambahnya.

Dimiliki dan dikendalikan oleh Drax Power, anak syarikat Drax Group, Loji Janakuasa Drax menjana kira-kira 18 terawatt-jam setahun, yang menyumbang enam peratus daripada jumlah bekalan elektrik di United Kingdom (UK).

Empat unit biojisim di Loji Janakuasa Drax menyediakan 2.6GW, yang membentuk kira-kira 12 peratus daripada jumlah bekalan kuasa boleh diperbaharu UK, manakala dua baki unit pembakaran arang batu, yang mampu menjana sejumlah 1.3GW, dirancang untuk diganti dengan dua unit kitaran gabungan 1.8GW yang menggunakan gas pada tahun 2025.

Loji Janakuasa Drax juga merupakan pengeluar biojisim mampan kedua terbesar di dunia.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan