Search
Close this search box.
Delegasi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 merakamkan gambar kenangan ketika melakukan kunjungan hormat di Kuantan, Pahang. Foto: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED)

863 atlet dan pegawai dari Pahang ‘berkampung’ di SUKMA, Para SUKMA Sarawak 2024

ByMuqri Aziz

KUANTAN, 24 April: Seramai 863 atlet dan pegawai dari kontinjen Pahang akan menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada Ogos dan September depan.

Ketua Kontinjen (Chef-de-Mission) Para SUKMA Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata kontinjen dari negeri itu telah mendaftar untuk menyertai 36 buah sukan tidak termasuk sukan Kabbadi.

“Untuk memastikan keperluan dan sebagai pegawai perhubungan bagi menguruskan Kontinjen Pahang, kita telah melantik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

“Kita juga menjangkakan seramai 12,613 jumlah keseluruhan bagi SUKMA manakala 1,400 atlet dan 600 pegawai bagi Para SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat SUKMA dan Para SUKMA Sarawak ke atas Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Kerajaan Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK), Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengara Majlis Sukan Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Sektretariat Para SUKMA Sarawak 2024, Mohammed Zakeria Hattar.

Tambah beliau, penganjuran SUKMA kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah berikutan ia melibatkan 37 acara sukan dengan jumlah acara sebanyak 484 acara yang dipertandingkan manakala bagi Para SUKMA pula hanya melibatkan 10 acara sukan dengan jumlah acara 361 acara.

Pada edisi kali ini, sebanyak 13 negeri yang akan turut serta begitu juga dengan Wilayah Persekutuan dan Brunei Darussalam yang menjadikan jumlah kontinjen sebanyak 15 pasukan manakala bagi Para SUKMA akan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan ia nya tidak melibatkan Wilayah Persekutuan dan Brunei Darussalam.

Mohamad Razi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak turut memanjangkan jemputan kepada Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rasmi SUKMA dan Para SUKMA di Kuching, Sarawak kelak.

Untuk rekod, temasya SUKMA Sarawak 2024 diadakan pada 17 hingga 24 Ogos 2024 manakala Para SUKMA Sarawak 2024 pada 20 hingga 28 September ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan