Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di Poznan, Poland, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak ketengah strategi ke arah ekonomi hijau di Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah

POZNAN (Poland), 24 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetengahkan komitmen Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbon di Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah.

Beliau membincangkan inisiatif dan rancangan Sarawak dalam meningkatkan sekuriti tenaga dan kelestarian alam sekitar serta berkongsi pandangan mendalam mengenai strategi proaktif Sarawak dalam memerangi cabaran iklim global.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi inisiatif Sarawak mengenai tenaga boleh diperbaharui pada Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Tahun 2023 disenaraikan tahun paling panas dalam sejarah. Di bawah Perjanjian Paris, had suhu meningkat di bawah 1.5 darjah Celsius adalah penting namun mencabar.

“Selepas wabak COVID-19 melanda, Kerajaan Sarawak melancarkan Strategi Pembangunan Pasca-COVID (PCDS) 2030, yang memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai usaha Sarawak melindungi dan memperluas landskap semula jadinya.

“Pada masa ini, hutan meliputi 62 peratus daripada negeri kita, menyumbang kepada 52 peratus keseluruhan kawasan hutan di Malaysia,” jelasnya.

Menyentuh mengenai langkah strategik dalam sektor hidrogen, katanya, Sarawak bernasib baik kerana mempunyai gabungan sumber hidro, solar dan biojisim.

“Kepelbagaian ini membolehkan kami menghasilkan hidrogen mampu milik, yang penting ketika kami memulakan pelan hala tuju untuk memperkenalkan hidrogen sebagai sumber kuasa utama,” katanya.

Beliau juga berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi dan peluang kerjasama dengan wilayah lain bagi memupuk amalan yang memberi manfaat kepada komuniti global.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Duta Besar Malaysia ke Poland Dato’ Chitra Devi Ramiah, dan Marshall Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan