Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas dipercayai dipukul oleh seorang wanita di sebuah rumah jagaan orang tua di Taman Desa Aman di sini. Foto David Marshel

Pukul warga emas di rumah kebajikan, dua diberkas

KULIM, 25 April: Polis memberkas dua individu berhubung kejadian seorang lelaki warga emas dipukul di sebuah rumah penjagaan orang tua di Taman Desa Aman di sini hari ini.

Mereka merupakan pemilik rumah kebajikan iaitu lelaki berumur 44 tahun dan seorang perempuan berumur 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu di rumah kebajikan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.50 petang semalam daripada seorang wanita.

Katanya, mangsa berusia 70 tahun didakwa telah dipukul dengan kayu, manakala empat rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim masih menyiasat jika terdapat mangsa-mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan