Search
Close this search box.
Aadra Fatihah Mohd Dzulkarnaen diumum pemenang emas bagi Gred Dua selepas menamatkan satu jam pertandingan dalam kelompok markah tertinggi. Foto TVS

Anak Sarawak lakar sejarah, menang emas di WMC 2024

ByTVS

JOHOR BAHRU, 28 April: Dua anak Sarawak melakar sejarahnya tersendiri apabila memenangi pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC) 2024 Malaysia yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru semalam.

Aadra Fatihah Mohd Dzulkarnaen diumum pemenang emas bagi Gred Dua selepas menamatkan satu jam pertandingan dalam kelompok markah tertinggi yang turut disertai 16 pencabar lain dari Indonesia dan Singapura.

Berkongsi kegembiraan, ibunya, Siti Aisyah Ramli berkata, ia merupakan penyertaan sulung anaknya dalam pertandingan peringkat tinggi.

“Walaupun tidak meletakkan sasaran yang tinggi, namun Alhamdulillah dia (Aadra) berjaya.

“Pada awalnya tidak menyangka dapat emas, kerana nama tidak disebut semasa pengumuman pemenang perak dan gangsa, agak terkejut apabila diumum sebagai pemenang emas,” katanya ketika dihubungi.

Selain Aadra, rakan sepasukannya Lincoln Tie Ung Xing turut memenangi pingat emas untuk Gred Dua.

Kejayaan peserta muda berusia sembilan tahun dari Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan dan Sekolah Rendah Swasta St Joseph Kuching itu bukan sahaja mengangkat nama Sarawak tetapi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, Malaysia diwakili 10 peserta dari Sarawak dan Kuala Lumpur yang bertanding dalam pelbagai kategori gred.

Selain dua emas, Malaysia turut memenangi empat perak dan empat gangsa daripada 76 peserta keseluruhan.

Pertandingan anjuran Sakamoto Educational System Pte Ltd diadakan setiap tahun di beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Filipina, Australia dan Indonesia serta Malaysia sebagai tuan rumah pada edisi tahun ini di Johor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan