Search
Close this search box.
Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan menjadikan Sarawak sebagai Runaway Champion, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto Salasiah Safian (TVS)

SUKMA 2024 akan jadikan Sarawak sebagai Runaway Champion

BySalasiah Safian

MIRI, 28 April: Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan menjadikan Sarawak sebagai Runaway Champion, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Katanya, SUKMA yang terbesar dalam sejarah kerana melibatkan 37 sukan dengan melibatkan 484 acara yang dipertandingkan, beliau berharap para atlet akan mencapai prestasi cemerlang, mewakili negeri masing-masing dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Sebagai tuan rumah SUKMA 2024, kita diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, memberikan sokongan yang berkekalan, dan memastikan setiap peserta merasai pengalaman yang bermakna.

“Saya yakin, dengan sokongan daripada semua pihak, kita mampu menjadikan SUKMA 2024 sebagai acara yang berjaya dan meninggalkan impak positif kepada perkembangan sukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat di Program Larian Baton sempena SUKMA Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar masyarakat setempat mengambil peluang atas ruang yang ada dalam penganjuran SUKMA dan Para SUKMA Ke-21 ini untuk terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Katanya, masyarakat setempat boleh mengambil peluang untuk menjana pendapatan dalam perniagaan dan aktiviti pelancongan.

Selain itu, beliau turut melihat SUKMA Sarawak 2024 sebagai medium untuk membina dan menyuburkan semangat kebangsaan.

Temasya SUKMA Sarawak 2024 diadakan pada 17 hingga 24 Ogos 2024 manakala Para SUKMA Sarawak 2024 pada 20 hingga 28 September ini.

Pada edisi kali ini, sebanyak 13 negeri yang akan turut serta begitu juga dengan Wilayah Persekutuan dan Brunei Darussalam yang menjadikan jumlah kontinjen sebanyak 15 pasukan manakala bagi Para SUKMA akan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan, ia tidak melibatkan Wilayah Persekutuan dan Brunei Darussalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan