Search
Close this search box.
Kakitangan perkhidmatan awam Sarawak yang baharu akan diambil berdasarkan skim Jawatan Berasaskan Caruman (JBC). Foto fail Bernama

Penjawat awam Sarawak yang baharu akan diambil berdasarkan skim JBC

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 April: Kakitangan perkhidmatan awam Sarawak yang baharu akan diambil di bawah skim Jawatan Berasaskan Caruman (JBC).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perincian berhubung perkara itu akan dimaklumkan kelak, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan penambahbaikan dan meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam 1 Mei ini.

Penjawat awam Sarawak baharu akan diambil di bawah skim JBC.

“Saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama-sama kita (kerajaan) untuk menganalisa dan membuat kajian berhubung perkara ini. Yang lama itu, memanglah sebab dah terikat dengan pencen, tetapi penjawat awam yang baharu akan ada skim yang baharu.

“Jadi kita tunggulah apa yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri 1 Mei nanti selepas itu kita akan buat kajian,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Premier Sarawak di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menurut Abang Johari lagi, JBC akan memberikan fleksibiliti kepada penjawat awam yang ingin meneruskan kerjaya mereka di tempat lain.

“Saya lebih suka pendekatan JBC berbanding skim pencen. Kalau JBC kita ada mobiliti untuk berpindah dari sektor awam ke sektor swasta yang mana ia lebih baik dari skim pencen,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, mereka yang diambil di bawah JBC akan menikmati jawatan tetap serta faedah sama seperti mereka di bawah skim pencen tradisional, seperti faedah perubatan dan perumahan.

Katanya, jika dilihat skim pencen di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penjawat awam tidak akan menerima apa-apa jika mereka mahu meninggalkan perkhidmatan awam sebelum usia persaraan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan