Search
Close this search box.
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang. Foto AFP

Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang

ByBernama

ANKARA, 2 Mei: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata seramai 77,816 penduduk telah cedera dalam serangan tentera rejim.

“Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin terbunuh dan 51 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lepas.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat pergi kepada mereka,” kata kenyataan itu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih enam bulan selepas konflik Israel-Hamas, 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang pada Januari mengeluarkan perintah sementara supaya Tel Aviv menghentikan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disediakan untuk orang awam di Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan