Search
Close this search box.
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak. Foto TVS

MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Pengarah MSWP Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh berkata lebih 1,000 atlet Wilayah persekutuan (WiPers) telah didaftarkan menyertai kesemua 37 acara dipertandingan, bagaimanapun saringan akan diadakan bagi memilih 650 hingga 700 atlet terbaik pada Julai ini.

“…dari segi sasaran, kita ada dua sebenarnya. Satu sasaran di pihak persatuan dan satu lagi sasaran kami sendiri dan saya rasa untuk lebih selamat, insya-Allah antara 50 hingga 60 pingat emas. Bagaimanapunitu bergantung kepada prestasi semasa atlet.

“(Manakala) kalau berdasarkan kenyataan oleh Menteri Jabatan Wilayah, sasarannya adalah lima terbaik tapi kalau ada rezeki kita cuba ke tiga terbaik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada SUKMA 2022, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan selepas mengutip 187 pingat terdiri daripada 55 pingat emas, 68 perak dan 64 gangsa.

Sementara itu dalam perkembangan lain berhubung kemelut Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) membabitkan bekas presiden Datuk Razlan razali dan jurulatih KLCA Datuk Ng Joo Ngan, beliau berkata satu pertemuan akan diadakan dengan KLCA dan ibu bapa dalam masa terdekat.

“Dari segi penyalahgunaan itu kami masih menunggu laporan rasmi daripada penyelaras dan saya tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kita tunggu hasil siasatan nanti ataupun hasil pertemuan antara ibu bapa dengan persatuan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa ibu bapa pelumba KLCA membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa terdapat isu kebajikan terutama soal elaun pelumba dan juga pelbagai masalah lain melanda badan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan