Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menyaksikan Memorandum Persetujuan (MoA) bersama Alpha-B Holdings Private Limited dan Ablycare Berhad.

Produk tisu tempatan tembusi Singapura, pamer komitmen ESG

ByYusuf Shukri

KUCHING, 3 Mei: Keberhasilan perusahaan tempatan seperti syarikat pembuatan produk tisu muka dan tisu tandas dari Sarawak mendapat Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi produk mereka diyakini memapankan ekonomi negeri ini di peringkat global.

Pengarah Urusan Ablycare Bhd, Mark Tiong berkata inisiatif sedemikian mempamerkan kekuatan sesebuah syarikat terhadap komitmen amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mereka.

“Kami berbangga kerana menjadi syarikat peneraju dari Sarawak yang telah membekalkan Singapura dengan produk kertas kebersihan dan akan meneruskan inovasi demi memajukan lagi sektor ini di Sarawak,” katanya.

Beliau mendedahkan pihaknya berjaya menjana perolehan berjumlah RM30 juta dalam tempoh masa setahun dan RM150 juta dalam masa lima tahun.

Mark berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persetujuan (MoA) antara sebuah syarikat pembuatan produk tisu muka dan tisu tandas dari Sarawak, Ablycare Berhad bersama Alpha-B Holdings Private Limited – sebuah syarikat yang bertapak di Singapura, baru-baru ini.

Hadir untuk menyaksikan pemeteraian MoU tersebut adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee dan beliau menyifatkan IPO boleh membawa ekonomi sarawak ke peringkat global dalam pasaran yang berbeza.

Dengan pemerteraian MoA berkenaan, Michael optimis syarikat itu akan menjadi peneraju terbaik dalam inovasi dalam sektor kebersihan dan kesihatan peribadi negeri ini.

“Mereka menekankan perniagaan yang mempratikkan kemampanan perniagaan untuk masa depan generasi akan datang,” ujarnya sambil memuji usaha syarikat itu yang menggunakan kayu Akasia untuk menghasilkan produk yang mesra alam dengan jenama Majestix. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan