Search
Close this search box.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Tan Sri William Mawan Ikom berucap pada Majlis Perasmian Pesta Makanan di Rumah Dayak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

SDNU ajak masyarakat Dayak meriahkan Perayaan Gawai Peringkat Negeri Sarawak

KUCHING, 4 Mei: Masyarakat Dayak diajak untuk memeriahkan sambutan Gawai Peringkat Negeri Sarawak 2024 tahun ini.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Tan Sri William Mawan Ikom berkata sokongan daripada semua kaum Dayak akan melambangkan kesatuan dan kebanggaan masyarakat Dayak di negeri ini.

Menurutnya tahun ini kaum Bidayuh akan menjadi penganjur utama sambutan kali ini selepas kaum Bidayuh yang menjadi hos tahun lalu serta komuniti Iban menjadi hos pada 2022 lalu.

“Kalau kita dipertanggungjawabkan untuk satu peranan yang sama dengan rakan lain maka kita perlu berikan sokongan dalam menjayakannya terutama dalam perayaan yang melibatkan dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Makanan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di Rumah Dayak di Kuching pada Jumaat.

Terdahulu, beliau turut merasmikan Pesta Makanan SDNU di Rumah Dayak yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, 3 hingga 5 Mei 2024.

Pesta tersebut akan diselitkan dengan program sampingan seperti pertandingan nyanyian karaoke terbuka, pertandingan tuak serta sesi cabutan bertuah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan