Search
Close this search box.
Nanta (tiga kiri) menerima cenderahati daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak(DID) Ahmad Denney (tiga kanan) sebagai tanda penghargaan. Foto TVS

Pembinaan jalan Nanga Kabah-SK Beguang-Sungai Song dijadual siap 31 Mac 2027

SONG, 4 Mei: Pembinaan jalan Nanga Kabah-SK Beguang-Sungai Song melibatkan tiga fasa menghubungkan serta akan berakhir di bandar Kapit.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek yang mula direalisasi semalam itu memberi nafas lega kepada penduduk setempat selepas 14 tahun menanti jalan berkenaan.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit, projek yang diluluskan bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) itu akan memakan tempoh selama tiga tahun dan dijadualkan siap pada 31 Mac 2027.

“Ia akan menelan belanja sebanyak RM145 juta dan akan bersambung ke fasa dua dan tiga sehingga akhirnya menyeberangi bandar Kapit dimana di antara bandar Kapit dan pekan Song nanti akan ada sebuah jambatan merentasi sungai Batang Rajang yang sudah diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

“Jadi ini memberi laluan alternatif kepada penduduk di seberang sungai batang Rajang yang di sebelah sini kerana di seberang sana sudah ada jalan yang boleh digunakan daripada Sibu menerusi Kanowit, Ngemah, Song dan ke Kapit dan terus ke Ulu Baleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Ng Kabah/SK Beguang Sg. Song, Song, Kapit Sarawak (Fasa 1) di Log Pond Beguang, Song pada Jumaat.

Menurutnya, skop pembinaan projek fasa pertama ini adalah merangkumi pembinaan jalan batu sepanjang 16.375kilometer dengan profil geometri jalan JKR-R3 dan lebar jalan spesifikasi JKR-R1.

Katanya lagi, fasa pertama akan melibatkan pembinaan tiga buah jambatan kecil iaitu di Sungai Kabah (72 meter), Sungai Beguang (62 meter) dan Sungai Temiang (62 meter).

“Pembinaan jalan raya ini juga akan memudahkan penduduk di kawasan berkenaan yang terkesan setelah bot ekspres menghentikan operasi selepas jalan raya Sibu-Kapit siap kira-kira empat tahun,

“Pemberhentian bot ekspres itu telah menyukarkan penduduk kerana mereka tidak mempunyai kenderaan air, dan menyulitkan perhubungan,” tambahnya.

Selain itu, perlaksanaan projek itu memberi manfaat kepada lebih 1,500 orang penduduk sekali gus meningkatkan sosioekonomi di kawasan itu.

Ia khususnya memberikan kemudahan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ngemah dan SK Beguang seterusnya ke Pekan Kanowit dan Sibu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan meraih kerjasama penduduk untuk memudahkan pembinaan jalan raya tersebut.

Menurutnya projek itu akan memberi manfaat dimana ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk dengan memasarkan produk mereka kerana adanya perhubungan

“Ini yang kita impi-impikan supaya kita dapat membangunkan ekonomi kampung kita, kita dapat membawa produk kampung kita ke pasaran yang lebih jauh.

“Malah daerah Song akan mengeluarkan produknya sendiri seperti dabai, ikan sungai, ikan empurau yang ternama di pasaran, ini lah harapan saya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan