Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap kepada pemberita di Kapit hari ini. Foto, TVS.

Tambahan empat kerusi baharu DUN Sarawak dikemukakan kepada SPR

ByFebbright James

KAPIT, 13 Mei: Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mencadangkan tambahan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baharu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerusi baharu itu membabitkan kawasan Parlimen Kapit, Hulu Rajang dan Kanowit.

Tambah Alexander Nanta, perkara itu telah dipersetujui oleh wakil rakyat GPS di kawasan terlibat.

“Saya kena jelaskan di sini (asas kepada permintaan ini ialah) kerana kawasan Hulu Rajang, Kanowit dan Kapit sangat besar. Jadi kita berharap ianya diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Mangkung Tiang Rumah Panjang Tatai Emas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander Nanta yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Kerajaan Sarawak mahu DUN baharu diwujudkan kerana kawasan luar bandar masih kekurangan kemudahan infrastruktur malah di sesetengah tempat, sungai masih menjadi laluan perhubungan utama.

“Sebab itu kita cadangkan lebih banyak wakil rakyat agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih mudah kepada rakyat,” tambahanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, setakat ini tiada perbincangan mengenai wakil parti komponen GPS yang akan diletakkan di DUN baharu itu.

Sebelum ini Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan, Kerajaan Sarawak akan mengemukakan cadangan persempadan semula DUN Sarawak kepada SPR tahun ini.

Untuk rekod, kali terakhir persempadanan semula DUN Sarawak dilaksanakan pada 2015 dengan mengubah komposisi kerusi bertambah kepada 82 berbanding 71. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan