Search
Close this search box.
Pengurus Bimbingan Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman. Foto Zen Hashim (TVS)

Ziarah Raudah: Jemaah disaran perbanyakkan solat sunat, elak ambil gambar

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 13 MEI: Jemaah haji disarankan untuk memperbanyakan amalan solat sunat dan berdoa ketika melakukan ziarah raudah yang terletak di dalam Masjid Nabawi.

Pengurus Bimbingan Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata, jemaah yang berpeluang juga dinasihatkan untuk tidak terlalu teruja untuk mengambil gambar kenangan semata-mata sehingga boleh merugikan masa ketika berada di taman syurga itu.

“Kita menggalakkan agar jemaah haji memperbanyakkan solat sunat dalam kawasan raudah dan memanjangkan doa mereka di dalam solat, bila mana kita nak panjangkan doa dalam solat? Ketika mana sedang bersujud.

“Kalau tak boleh nak berdoa dalam bahasa arab, berdoa dalam bahasa Melayu di dalam hati ,” kata Muhammad Fakhrur ketika ditemui di Madinah baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya lagi, sekiranya jemaah khuatir tidak tahu untuk melakukan amalan apa, maka jemaah dinasihatkan untuk memperbanyakkan salawat.

“Ulama mengajarkan kepada kita supaya memperbanyakkan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebab dalam salawat itu ada zikir dan di dalam salawat itu ada istigfar,” ujarnya lagi.

Sesi ziarah Raudah (ziarah dalam) ini merupakan antara sebahagian daripada pengisian bagi jemaah haji ketika mereka berada di sini selama enam hari, lima malam.

Untuk rekod, Raudah ialah taman syurga di dunia dan merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Raudah juga disebut sebagai tempat yang paling mustajab atau paling baik untuk memanjatkan doa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan