Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas berkunjung ke rumah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Rundingan diadakan pilih terminologi sesuai untuk DUN – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 5 Mei: Rundingan akan diadakan untuk memilih terminologi sesuai bagi menggantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak setelah istilah ‘negeri’ digugurkan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, istilah sesuai akan diguna pakai mengikut perlembagaan.

“Apa yang disebut oleh Speaker memang dari sudut kedudukan status kita tidak sepatutnya serupa dengan negeri dan terminalogi DUN itu adalah diguna pakai seluruh negeri, kita juga tidak dapat menggunakan wilayah kalau tak pun kita macam Labuan, Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan ke rumah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan mendengar maklum balas daripada orang awam berkenaan perkara itu.

“Saya tengok maklum balas dari orang awam, tengok bagaimana trend. Jadi kita akan menyesuaikan terminologi mengikut peruntukan perundangan yang ada diguna pakai terutamanya di negara Komanwel sama ada Parlimen, sama ada DUS, kalau DUS ahlinya jadi ADUS. Bagaimana kita nak menggelarnya ADUS,” ujarnya.

Terdahulu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar menyatakan akan mengemukakan cadangan kepada cabang eksekutif Kerajaan Sarawak untuk pengguguran istilah ‘negeri’ dalam DUN Sarawak.

Katanya, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak dirujuk sebagai ‘wilayah’ dan bukan lagi ‘negeri’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan