Search
Close this search box.
SUKMA 20204 wajar dijadikan pentas bagi atlet-atlet Sarawak menonjolkan potensi, bakat dan kecemerlangan. Foto fail Salasiah Safian (TVS)

DUN Sarawak: SUKMA 2024 pentas atlet tonjol kecemerlangan sukan

ByKimberly Dickson

KUCHING, 6 Mei: Kedudukan Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 akan membuka peluang untuk anak Sarawak menonjolkan potensi, bakat dan kecemerlangan dalam sukan.

Sehubungan itu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berbesar hati kerana Sarawak diberi penghormatan untuk menganjurkan SUKMA ke-21 pada tahun ini.

“Saya yakin Sarawak mampu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi temasya sukan terbesar di Malaysia ini.

“Saya berharap melalui SUKMA kali ini, atlet kita dapat mempamerkan prestasi cemerlang untuk mengharumkan nama Sarawak,” katanya berucap pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada kontinjen Sarawak agar berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi dan harus membuktikan bahawa bakat anak Sarawak mampu berbakti sehingga di peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa.

Beliau menyeru agar semua pihak yang terlibat agar memberi kerjasama dan berganding bahu dalam memastikan penganjuran SUKMA 2024 berjalan lancar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan