Search
Close this search box.
Telaga Bi’rul Khatam atau lebih dikenali sebagai telaga cincin merupakan salah satu telaga yang tersingkap dengan sejarahnya yang tersendiri. Foto TVS

Kisah hilangnya cincin Rasulullah SAW di Telaga Bi’rul Khatam

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 6 Mei: Telaga Bi’rul Khatam atau lebih dikenali sebagai telaga cincin merupakan salah satu telaga yang tersingkap dengan sejarahnya yang tersendiri.

Terletak di pekarangan Masjid Quba, kini telaga tersebut telah ditutup dan menjadi tempat bagi pejalan kaki.

Berkongsi cerita, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Muhamad Hafiz Zulkifli menjelaskan, Rasulullah SAW mempunyai sebentuk cincin perak yang digunakan sebagai cop mohor untuk menghantar surat kepada raja-raja.

Katanya setelah baginda wafat, cincin tersebut telah diwarisi oleh Saidina Abu Bakar.

“Setelah Saidina Abu Bakar meninggal dunia cincin tersebut beralih ke tangan Saidina Umar al-Khatab khalifah yang kedua dalam sejarah Islam.

“Kemudian setelah Saidina Umar meninggal dunia cincin tersebut diserahkan kepada Saidina Uthman bin Affan dan dikatakan pada suatu ketika Saidina Uthman pernah duduk di kawasan telaga tersebut tanpa sengaja menjatuhkan cincin yang diberikan turun-temurun oleh Nabi Muhammad SAW ke dalam telaga tersebut,” katanya sambil menceritakan bahawa Saidina Uthman cuba mencari dan mendapatkan kembali cincin tersebut selama tiga hari tiga malam tetapi cincin tersebut tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

“Sejak hari itu, telaga tersebut dikenali sebagai Telaga Khatam,” jelasnya.

Muhamad Hafiz Zulkifli. Foto Zen Hashim (TVS)

Muhamad Hafiz Zulkifli berkata demikian ketika mengiringi petugas haji menziarahi Masjid Quba’ semasa program lawatan luar anjuran Tabung Haji di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhamad Hafiz Zulkifli menambah kata bahawa penduduk di perkampungan Quba’ merupakan kumpulan pertama yang menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah ketika penghijrahan Nabi dari Mekah.

“Ada sebuah kebun kurma berhampiran Masjid Quba’ merupakan tempat Nabi Muhammad SAW berhenti berehat, waktu itu penduduk kampung Quba’ tidak mengenali lagi Nabi Muhammad SAW dan di sebelah Nabi ketika itu adalah Saidina Abu Bakar Al Siddiq.

“Kemudian orang kampung Quba’ berkumpul dan tercari-cari di mana Nabi, jadi ketika itu Saidina Abu Bakar Al Siddiq perasan ada orang mencari Nabi maka dengan itu Saidina Abu Bakar Al Siddiq bangun dari duduk dan memayungi Nabi Muhammad SAW dengan kain ridanya, maka tempat tersebut dikenali sebagai Masjid Payung atau masjid Mostazal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan