Search
Close this search box.
Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang tadi. Foto JPBM

Pokok tumbang: Tiada perkhidmatan monorel antara stesen KL Sentral dan Medan Tuanku

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan itu, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

Seorang maut, seorang cedera dalam kejadian pokok tumbang hempap 17 kenderaan

“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera, selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan