Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS

DUN Sarawak: Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib seorang penasihat, mentor dan sahabat setia – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai seorang penasihat, mentor dan sahabat yang setia.

Menurut beliau sejak memegang tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sarawak enam tahun lalu, Almarhum terus menjadi penasihat yang berpengetahuan dan mentor yang bijaksana untuk dirinya.

“Apabila saya berhadapan dengan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri selepas pemergian Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Adenan Satem, Almarhum telah berdiri sebagai penasihat yang berpengetahuan, mentor yang bijaksana, dan yang paling utama, sahabat yang setia.

“Sebagai seorang pemimpin, kata-kata tidak mampu mengungkapkan betapa bersyukurnya saya atas sokongan dan nasihat yang diberikan Almarhum.

“Akhir kata, segala sumbangan Almarhum akan sentiasa dikenang dan menjadi sejarah terulung kita semua rakyat Sarawak,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan kepada mantan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, di sini, hari ini.

Matlamat pembangunan akan gagal tanpa perpaduan rakyat

Abang Johari menambah, dalam memastikan pentadbiran dan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan lebih lancar, Almarhum juga telah menubuhkan beberapa Bahagian baharu yang mempunyai jentera pentadbiran tersendiri bagi memastikan setiap Bahagian berkembang bersama tanpa ada yang tertinggal.

“Almarhum menyedari bahawa pembangunan yang seimbang tidak dapat dicapai tanpa pemahaman mendalam tentang keperluan khusus setiap Bahagian.

“Oleh itu, peranan dalam pentadbiran peringkat negeri, bahagian dan daerah turut diperkasakan sebagai ejen pembangunan bahagian bagi mencapai agenda tersebut.

“Kesemua ini bukan sahaja membuka jalan kepada peningkatan dalam pelaksanaan projek tetapi juga dalam pembinaan hubungan yang lebih erat antara kerajaan dengan rakyatnya,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS