Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membentangkan usul penghargaan mantan Yang di-Pertuan Negeri Sarawak semasa Persidangan DUN Sarawak di sini hari ini.

Matlamat pembangunan akan gagal tanpa perpaduan rakyat

ByShafik Ahmad

KUCHING, 8 Mei: Tanpa perpaduan dan keharmonian, matlamat pembangunan tidak akan dicapai, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu menyifatkan falsafah politik pembangunan yang dibawa mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tunjang kepada keberhasilan transformasi pembangunan Sarawak.

“Almarhum sentiasa menggalakkan kerjasama yang erat di antara pelbagai kaum di Sarawak dengan memperkenalkan konsep “Confluence of Rivers”, iaitu kesepaduan dalam kepelbagaian identiti ke arah membentuk perpaduan rakyat Sarawak.

“Demi mengukuhkan keharmonian dan kedaulatan, Almarhum sentiasa memastikan hak-hak Sarawak terpelihara bagi melindungi kepentingan ekonomi, politik dan sosial rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul penghargaan mantan Yang di-Pertuan Negeri Sarawak semasa Persidangan DUN Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari dalam ucapannya, berkata Tun Taib merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh terutama dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat.

“Almarhum amat menitikberatkan pembangunan sosioekonomi rakyat Sarawak dengan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Ini bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan,” katanya.

Antara lain, rancangan pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi tujuan komersial di samping pembukaan ladang berskala besar diperkenalkan di kawasan luar bandar bagi melonjakkan pendapatan penduduk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS