Search
Close this search box.
Seramai 563 orang jemaah Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah hari ini untuk mengerjakan ibadah haji musim 1445H/2024M. Foto, TVS.

563 jemaah haji selamat tiba di Madinah

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 9 Mei: Seramai 563 orang jemaah Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah hari ini untuk mengerjakan ibadah haji musim 1445H/2024M.

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, Roslan Sharif berkata, mereka terdiri daripada dua kumpulan penerbangan membabitkan KT01 (282 orang jemaah) dan KT02 (281 orang jemaah) yang ditempatkan di dua zon penginapan melibatkan Hotel Emmar Royal dan Hotel Al-Sajja.

Jelas beliau, kumpulan berkenaan akan berada di sini selama enam hari lima malam sebelum berangkat ke Makkah.

“Jemaah haji KT01 dijadualkan berangkat ke Makkah pada 14 Mei 2024.

“Bagi jemaah haji ini, mereka akan melakukan aktiviti seperti hadiri sesi ceramah, taklimat, ziarah dalam dan ziarah luar mulai hari ini yang dipimpin oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS),” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan jemaah haji itu di Hotel Emmar Royal di sini, hari ini.

Roslan menambah, Lembaga Tabung Haji (TH) telah melakukan persediaan rapi untuk menerima kedatangan semua jemaah haji dengan mengadakan perbincangan sewajarnya dengan pihak-pihak berwajib termasuk Kementerian Haji Arab Saudi dan agensi-agensi berkaitan di sini.

“Ibu Pejabat TH di Madinah yang terletak di bangunan Roha Al Madinah telah dibuka lebih awal sejak minggu lepas sebagai persiapan menyantuni para Duyufurrahman (tetamu Allah).

“Oleh yang demikian, saya percaya TH mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Roslan turut mengingatkan jemaah haji untuk bergerak secara berkumpulan demi keselamatan mereka serta  mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh TH.

“Jemaah juga diminta supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang Arab Saudi dan menjaga imej serta nama baik Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

“Saya juga mendoakan agar semua urusan TH dipermudahkan, dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan semua jemaah pulang ke tanah air serta mendapat haji yang mabrur, insya-Allah,” ujarnya lagi. -TVS.

Luqman Muhammad melaporkan dari Madinah, Arab Saudi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan