Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu diberi tanggungjawab sebagai  Chef De Mission Sarawak pada SUKMA ke-21, Ogos depan. Foto, TVS.

Gerald Rentap dipilih Chef De Mission Sarawak SUKMA 2024

ByKimberly Dickson

KUCHING, 9 Mei: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu diberi tanggungjawab sebagai Chef De Mission Sarawak pada SUKMA ke-21, Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Setiausaha Tetap di kementerian itu, Morshidi Fredrick pula dipilih sebagai Timbalan.

Jelasnya tugas kedua – dua mereka sangat penting termasuk mengumpul kekuatan seluruh kontinjen Sarawak dan memastikan kebajikan atlet bertanding.

“Ini juga untuk memberi sokongan moral kepada atlet Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Countdown 100 Days to SUKMA 21 di sini, hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu Abdul Karim memaklumkan, antara acara sukan wajib yang akan dipertandingkan termasuk akuatik, angkat berat,badminton, berbasikal, gimnastik, golf, lawan pedang,memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

“Turut disenaraikan ping pong, taekwondo, karate, sepak takraw, boling tenpin, wushu, bolasepak, bola jaring, bola tampar dan tenis,” katanya.

Sembilan sukan tambahan pula membabitkan tinju, Muay Thai, petanque, e-sport, sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan