Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melepaskan atlet Sarawak selepas merasmikan 100 Hari Menjelang Sukma XXI hari ini.Foto, Bernama.

Insentif khusus untuk atlet Sarawak menang emas SUKMA – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 9 Mei: Atlet Sarawak yang berjaya memenangi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 ini akan menerima insentif khas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini sebagai satu suntikan semangat kepada para atlet yang mengibarkan Ibu Pertiwi sepanjang kejohanan dwitahunan itu.

“Memang kita ada insentif tersendiri dan saya serahkan kepada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk tentukan.

“Kita akan tentukan (jumlah) itu kemudian. Kita lihat prestasi mereka dahulu.

“Kalau kita beri tetapi tidak menang maka tidak bererti juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Countdown 100 Days to SUKMA 21 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Abang Johari menambah, sudah menjadi tradisi Kerajaan Sarawak memberikan bonus kepada atletnya yang berjaya dalam pelbagai kejohanan sebelum ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis berkenaan, Abang Johari turut menyeru atlet muda untuk mengharumkan nama Sarawak.

“Orang muda mesti membawa bendera Ibu Pertiwi macam tinggi tiang bendera di Waterfront.

“Kalau tiang bendera (kita) tertinggi di rantau ini, maka hasrat saya adalah agar anda mengibarkan Ibu Pertiwi dalam SUKMA,” ujarnya.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak sangat mementingkan pembangunan sukan bukan sahaja di wilayah ini malah seluruh negara.

“(Atas sebab itu) Sarawak bersetuju untuk menjadi tuan rumah kerana ada tempat (negeri lain yang sepatutnya) menganjurkannya tidak mahu.

“Maka saya beritahu, kalau dana kurang, kira beri dana, demi untuk pembangunan sukan dan masa depan wira dan wirawati kita, sebab itu kita kena kerja kuat,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan