Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Pembangunan Francais PERNAS, Mazlan Ibrahim berkata, maklum balas Sarawak terhadap industri perniagaan francais adalah memberangsangkan. Foto TVS

Industri francais di Sarawak catat perkembangan memberangsangkan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Mei: Industri perniagaan francais di Sarawak mencatat perkembangan yang memberangsangkan melibatkan pelbagai sektor utama merangkumi perniagaan makanan dan minuman yang mencatatkan peningkatan antara 30 hingga 40 peratus berdasarkan pemerhatian Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Ketua Bahagian Pembangunan Francais PERNAS, Mazlan Ibrahim berkata, setiap tahun pihaknya akan menjalankan program sebanyak empat hingga enam lokasi namun di Sarawak diadakan setiap tahun.

“Sokongan dari Sarawak sangat baik. Terdahulu kami (PERNAS) sering menjalankan program di Kuching namun kini, ia sudah diperluas lagi beberapa bandar di Sarawak seperti Miri, Bintulu, Mukah dan Sri Aman,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Turut hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Mengulas mengenai melahirkan usahawan belia di Sarawak, beliau berkata, pihaknya juga berkerjasama dengan institut pengajian tinggi dan sekolah dalam memberi pendedahan kepada saluran francais.

“Tentunya kita ada banyak berurusan dengan beberapa universiti yang termasuk urusan berkenaan institusi francais dan modul pembangunan. Modul pembangunan tersebut merangkumi pembelajaran, sijil dan pengurusan. Kami juga berusaha untuk mengalu-alukan usahawan francais untuk bekerja dengan pelajar institut pengajian tinggi.

“Mana-mana sekolah yang mempunyai kelab dan persatuan francais, mereka akan dibawa dan didedahkan dengan cawangan francais yang boleh menjadi pengalaman untuk mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui PERNAS menyasarkan pembiayaan pada tahun ini sebanyak RM4 juta dalam usaha memperkukuh industri francais di Sarawak.

PERNAS telah membiaya lebih daripada RM10 juta kepada usahawan di Sarawak dengan lebih daripada 15 jenama francais dan pra francais tempatan telah dibangunkan dengan bantuan PERNAS sejak 2004. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan