Search
Close this search box.
Gambar hiasan, Envato.

DUN Sarawak: Impak positif tangani isu bekalan air

ByShafik Ahmad

KUCHING, 13 Mei: Pelaksanaan Program Grid Bekalan Air khususnya di kawasan tumpuan memberikan impak positif dalam menangani masalah bekalan air yang serius di kawasan luar bandar Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata sebanyak 259 projek atau 85 peratus telah disiapkan setakat ini, sementara 35 projek dalam pembinaan manakala 10 projek lagi atau tiga peratus sedang dalam perancangan.

“Inisiatif tersebut memberi impak yang ketara dalam menangani masalah bekalan aiR yang serius terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh Sarawak.

“Program ini juga telah membantu melonjakkan liputan bekalan air terutamanya di kawasan luar bandar iaitu daripada 61.9 peratus pada tahun 2018 meningkat kepada 70.5 peratus setakat ini, menjadikan liputan bekalan air seluruh Sarawak sehingga kini adalah 85.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementerian semasa Persidangan DUN Sarawak di sini pada Isnin.

Sarawak telah memperuntukkan RM4 bilion bagi melaksanakan Program Grid Bekalan Air yang melibatkan 304 projek bekalan air bagi kawasan tumpuan.

Kementerian itu katanya akan terus meningkatkan usaha mencapai sasaran liputan penuh bekalan air di Sarawak menjelang 2030 dengan anggaran peruntukan RM20 bilion seperti yang dimaklum dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS