Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar

ByBernama

DOHA, 13 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan (2.37 pagi Isnin waktu Malaysia).

Ketibaan Anwar dan delegasi disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi bersama-sama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jadual sibuk menanti Anwar sepanjang tiga hari lawatan tersebut bermula dengan sambutan rasmi pada Isnin di pejabat pentadbiran Sheikh Tamim diikuti makan tengah hari yang dihoskan oleh Amir Qatar itu.

Anwar turut dijadualkan bertemu rakan sejawatnya iaitu Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.

Kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai perkembangan terkini konflik Palestin-Israel sekali gus meneruskan perbincangan mereka sebelum ini ketika bertemu di Riyadh, Arab Saudi pada akhir bulan lepas.

Turut menjadi tumpuan ialah pertemuan Perdana Menteri dengan 30 wakil syarikat di Qatar dalam usaha Malaysia menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara selain meneroka peluang kerjasama baharu antara kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun ini.

Beliau juga akan menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar dan bertemu dengan kira-kira 400 hingga 500 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dijadual menghadiri Forum Ekonomi Qatar pada Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan