Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada majlis makan malam sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 35/2024 di Kuching, malam ini. Foto, Alex Teo (TVS).

SKAW platform terbaik bincang pelbagai isu keselamatan – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 13 Mei: Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) menjadi plafform terbaik membincangkan pelbagai isu keselamatan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, persidangan itu juga boleh menetapkan hala tuju baharu yang lebih jelas selain memperkasa Askar Wataniah sebagai antara benteng pertahanan negara.

“Penganjuran ini juga akan merapatkan silaturahim dengan masyarakat di Sarawak bagi kita mempertahankan Malaysia yang dicintai dan seterusnya dapat membangunkan negara bersama-sama.

“Selain itu, menerusi persidangan ini, banyak isu boleh dibincangkan bagi meningkatkan kerjasama membabitkan Askar Wataniah dan pada masa sama dapat meningkatkan disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 35/2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pula hadir mengiringi Abang Johari pada majlis berkenaan.

Terdahulu, keberangkatan tiba Raja Muda Kedah dan Raja Muda Perlis disambut oleh Gerald Rentap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Sarawak berkata, konsep Askar Wataniah boleh menjadi penghubung kepada masyarakat.

“Sebab itu saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan pegawai kanan mereka untuk sertai Askar Wataniah yang akan mewujudkan hubungan baik dengan ketua masyarakat,b ketua kaum dan juga anggota beruniform bagi menjamin ketenteraman awam,” katanya lagi.

Persidangan SKAW kali ini antara lain membincangkan rancangan pengambilan anggota, pengurusan latihan, pentadbiran dan pembangunan Askar Wataniah.

SKAW turut berperanan sebagai penasihat kepada Panglima Tentera Darat dalam setiap perihal mengenai unit berkenaan.

SKAW Siri 34/2023 diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Terengganu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan