Search
Close this search box.
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki merempuh treler separuh platform yang di parkir di tepi jalan di kawasan Batu 16, Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu malam tadi. Foto IPD Bintulu

Ibu, anak di pangkuan maut, kereta rempuh treler di Bintulu

BINTULU, 14 Mei: Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki merempuh treler separuh platform yang di parkir di tepi jalan di kawasan Batu 16, Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kejadian berlaku ketika Toyota Vios terbabit dalam perjalanan dari Bandar Bintulu menghala ke Miri setelah selesai berniaga di tapak jualan makanan di Jalan Paragon Bintulu bersama lima orang penumpang.

“Semasa sampai di tempat kejadian di Batu 16 Jalan Bintulu/Miri, Bintulu telah terlanggar sebuah trailer separuh platform yang di parkir ditepi jalan dengan separuh kenderaan berada di lorong kiri jalan.

“Pemandu Toyota Vios tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang sebelah kanan trailer yang di parkir tanpa meletakkan tanda segi tiga amaran di mana kawasan tersebut merupakan kawasan gelap tanpa lampu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut penumpang hadapan sebelah pemandu seorang wanita berusia 23 tahun bersama anak berumur empat tahun dipangkuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans yang tiba dilokasi kejadian.

“Manakala pemandu bersama tiga orang penumpang belakang dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Semasa kejadian cuaca baik dan jalanraya kering,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan