Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama para wartawan yang membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Saibi Gi (TVS)

Abdullah hargai peranan media buat liputan Persidangan DUN Sarawak

BySaibi Gi

KUCHING, 15 Mei: Datuk Abdullah Saidol meluangkan masa untuk mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang membuat liputan berita sepanjang Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berakhir hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) itu bersalaman dengan para wartawan yang berada di bilik media, Dewan Undangan Negeri Sarawak, selepas persidangan ditangguhkan.

Datuk Abdullah Saidol ‘wefie’ bersama wartawan yang membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

“Peranan media dalam menyebarkan maklumat menerusi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak amat dihargai.

“Maklumat yang disampaikan menerusi berita pastinya sampai kepada masyarakat dengan liputan meluas media sepanjang lapan hari persidangan,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau turut mengharapkan kerjasama yang erat antara kerajaan dan media akan berterusan demi manfaat masyarakat umum.

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Wartawan National (Hawana) pada 29 Mei, beliau menyeru masyarakat agar turut sama menghargai pengorbanan dan kegigihan wartawan menjalankan tugas.

“Mereka bekerja tanpa mengira masa dan cuaca dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, persidangan bermula 6 hingga 15 Mei itu telah meluluskan lima rang undang-undang (RUU) dan satu usul.

Yang diluluskan ialah RUU Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak, Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan), Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan), Perbekalan Tambahan (2023) dan Perbekalan Tambahan (2024).

Usul yang diluluskan ialah Usul Penghargaan Kepada Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dibentang oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan