Search
Close this search box.
Fakulti Undang-Undang UM bakal tawar program pengajian undang-undang di Kuching Oktober tahun ini. Foto Fakulti Undang-Undang UM

UM bakal tawar program pengajian undang-undang di Swinburne Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 15 Mei: Universiti Malaya (UM) bakal menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Kuching, tahun ini.

Menerusi laman sesawang Fakulti Undang-Undang UM hari ini, program tersebut dikenali sebagai ‘UMLaw@KCH’ itu dijangka akan bermula pada Oktober nanti dengan tempoh pengajian empat tahun iaitu dua tahun di Kuching dan dua tahun di Kuala Lumpur.

Fakulti itu turut mendedahkan pelajar bakal menggunakan kemudahan di Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak selama dua tahun sebelum menyambung dua tahun terakhir di UM namun ia tertakluk kepada kelulusan akhir.

Fakulti itu berkata “UMLAW@KCH membolehkan pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran tempatan, kebangsaan dan antarabangsa di mana pelajar akan bermula pengajian di Kuching, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur serta berpeluang untuk memulakan pertukaran antarabangsa dan ia merupakan cara yang menjimatkan kos untuk menamatkan pengajian dengan salah satu ijazah undang-undang yang paling popular di Malaysia.

“Kurikulum di Sarawak direka dan diajar dengan cara yang sama seperti kohort yang memulakan pengajian di Kuala Lumpur dimana kurikulum undang-undang kami telah direka bentuk semula untuk mengambil dimensi Sarawak dan Sabah yang membolehkan pelajar mencapai tahap permulaan apabila pelajar memulakan kerjaya dalam bidang perundangan di Sarawak,” jelas fakulti itu.

Tambah fakulti itu lagi, pelajar juga turut berpeluang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana di King’s College London, United Kingdom serta berpeluang untuk menyertai program pertukaran antarabangsa sepanjang program pengajian.

Program itu akan diajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan diajar melalui gabungan mod secara bersemuka, mod dalam talian dan mod hibrid.

Universiti Malaya cadang buka kampus di Sarawak, tawar pengajian MA63

Akhir tahun lalu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan UM telah menyatakan hasrat kepada Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan sebuah fakulti undang-undang yang menawarkan pengkhususan dalam bidang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Mengulas lanjut hasrat universiti terbaik negara itu, Abang Johari berkata, pengkhususan tersebut akan diajar sebagai subjek elektif.

Senat Swinburne University setuju cadangan Sarawak tubuh fakulti undang-undang

Dalam pada itu, Abang Johari juga memberitahu Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak turut menawarkan program pengajian dalam undang-undang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ‘UMLaw@KCH’, anda boleh melayari di laman sesawang https://law.um.edu.my/umlawkch atau di talian +603-7967 6512 / 6575 / 6502. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan